KKM lapor 4,860 kes baharu Covid-19, 10 kematian


NEGARA mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 semalam kepada 4,860 berbanding 3,926 pada sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut laman web CovidNow, jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik melanda kini sebanyak 4,668,139 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,649 jangkitan, diikuti Kuala Lumpur (1,466) dan Sabah (292).

Selain itu, Perak melaporkan 272 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (195), Johor (95), Sarawak (94), Melaka (112), Pulau Pinang (246), Putrajaya (95), Kedah (150), Pahang (73), Terengganu (21), Kelantan (64) dan Perlis (6) dan Labuan (30).

KKM turut melaporkan 10 kematian angkara Covid semalam dengan satu kes maut sebelum tiba di hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 35,956.

Sebanyak lima kematian dilaporkan di Selangor, diikuti Johor (2), Kedah (2) dan Sabah (1).

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) kini seramai 60 orang, di mana 34 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 30 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen