TENTERA Rusia mendakwa tentera Kyiv bertindak menyerang penjara yang menahan tahanan perang Ukraine di kawasan timur negara itu yang dikuasai pemisah.
Menurut kementerian pertahanan Rusia, 40 tahanan terbunuh manakala puluhan lagi cedera.
“Empat puluh tawanan perang Ukraine terbunuh dan 75 cedera,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Tambahnya lapan pekerja pusat tahanan di Olenivka di wilayah Donetsk yang dikuasai pemisah turut cedera. – AFP, 29 Julai, 2022.
Komen