Charles Santiago gesa ahli Parlimen buat laporan polis terhadap Apandi 


Elill Easwaran

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago wujud pakatan sulit antara bekas peguam negara dan bekas perdana menteri Najib Razak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2022.

AHLI Parlimen Klang Charles Santiago menggesa ahli Parlimen, Senator dan kumpulan masyarakat sivil membuat laporan polis terhadap bekas peguam (AG) negara Mohamed Apandi Ali kerana didakwa memalsukan maklumat dan menyalahgunakan kuasanya berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad.

“Parti politik lain harus hadir. Mari kita jadikan ini sebagai momentum nasional supaya tiada salah guna kuasa lagi,” kata Santiago selepas ditemu bual polis hari ini mengenai laporannya terhadap Apandi.

Beliau berkata sehingga kini, DAP telah membuat enam laporan manakala Pejuang membuat satu laporan.

Laporan itu dibuat selepas hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar, dalam penghakiman setebal 100 muka surat, menyatakan Apandi kelihatan tidak berminat dan kadang-kadang bercanggah apabila memberi keterangan dalam saman fitnah RM10 juta yang difailkannya terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.

Apandi telah menyaman Lim kerana memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan di blognya bertajuk “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” yang diterbitkan pada 2019.

Hakim yang menolak saman itu menyifatkan dalam penghakiman setebal 100 muka suratnya bahawa ia adalah bukti yang memberitahu dan mendedahkan bahawa Apandi secara terang-terangan menunjukkan tidak berminat dan tidak ambil peduli terhadap kedaulatan undang-undang asas.

Menyentuh sidang media Apandi pada 26 Januari 2016, yang mana beliau menerima naratif derma dan membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak, Azimah menegaskan Apandi seolah-olah bercanggah dengan dirinya apabila disoal balas oleh peguam Lim.

Beliau berkata sudah diketahui umum bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan petugas lain telah mengesyorkan pertuduhan jenayah atau sekurang-kurangnya penyiasatan mendalam terhadap “derma hebat” dan dana SRC International Sdn Bhd.

Berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Azimah, Santiago berkata beliau berpendirian bahawa Apandi telah mereka-reka maklumat dan berbohong semasa memegang jawatan, yang membawa kepada penyalahgunaan kuasanya sebagai penasihat undang-undang utama negara.

Beliau berkata nampaknya wujud pakatan sulit antara bekas peguam negara dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau berkata terdapat terlalu banyak kuasa di tangan peguan negara dan menggesa pengasingan kuasa.

“Kolusi ini tidak boleh berlaku. Oleh itu adalah satu kemestian untuk memisahkan peranan AG dan PP supaya orang ramai akan percaya kepada sistem itu,” kata Santiago.

Santiago berkata, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang antilompat parti dengan majoriti lebih dua pertiga semalam adalah permulaan yang baik.

“Jadi perkara seterusnya yang perlu kita lihat ialah peranan AG. Perdana menteri harus mengambil perhatian perkara ini dan bertindak segera,” katanya. – 29 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen