JANGKITAN baharu Covid-19 Malaysia mencatatkan penurunan semalam dengan 3,926 kes berbanding 4,503 sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut laman web CovidNow, jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik melanda kini sebanyak 4,668,139 kes.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,167 kes, diikuti Kuala Lumpur (998) dan Perak (331).
Sabah melaporkan 249 kes baharu, Negeri Sembilan (244), Johor (108), Sarawak (80), Melaka (151), Pulau Pinang (223), Putrajaya (92), Kedah (142), Pahang (71), Terengganu (32), Kelantan (61), Perlis (12) dan Labuan (24).

Dalam pada itu KKM turut melaporkan empat kematian akibat Covid-19 semalam dengan satu kes maut sebelum tiba di hospital, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan maut angkara Covid sebanyak 35,946.
Kes kematian dilaporkan di Selangor (2), Melaka (1) dan Perak (1).
Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi kini seramai 60 orang, di mana 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 29 Julai, 2022.
Komen