2 juruterbang maut pesawat tentera udara India terhempas


Pesawat tentera India yang terhempas dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Uttarlai di daerah Barmer di Rajasthan. – Gambar EPA, 29 Julai, 2022.

DUA juruterbang maut selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) terhempas di Rajasthan pada Khamis.

“Pada 9.10 malam sebuah pesawat IAF MiG 21 terhempas ketika membuat latihan. Kedua-dua juruterbang terkorban. 

“IAF amat kesal dengan insiden itu dan siasatan diarahkan untuk kenal pasti punca nahas,” menurut IAF. 

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Uttarlai di daerah Barmer di Rajasthan. 

Menurut laporan media tempatan, sejak Januari 2021 sudah enam pesawat MiG-21 terlibat dalam nahas udara. – AFP, 29 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen