UKRAINE hari ini buat julung kalinya menyambut Hari Kebangsaan Ukraine, yang diperkenalkan untuk memastikan kesinambungan sejarah lebih 1,000 negara itu.
Dalam satu kenyataan, Kuasa Usaha Ukraine di Malaysia Deny Mykhailiuk berkata Hari Kebangsaan Ukraine disytiharkan melalui Dekri Presiden bertarikh 24 Ogos, 2021 bertujuan memperakui tradisi pembinaan negara Ukraine yang berusia lebih 1,000 tahun sejak penemuan bandar Kyiv.
Beliau berkata Hari Kebangsaan Ukraine diwujudkan sebagai penghormatan kepada tokoh pembinaan Kyiv, Putera Volodymyr the Great, pada Hari Pembaptisan Kyivan Rus-Ukraine pada 28 Julai.
“Hari Kebangsaan Ukraine juga bertujuan menentang maklumat salah Rusia mengenai perpaduan yang sepatutnya menjadi amalan tradisi rakyat Ukraine dan Rusia,” kata Mykhailiuk.
Beliau menegaskan sejarah pembentukan negara Ukraine terbukti dengan sebutan pertama mengenai asas ibu kota Rus purba dan peristiwa yang berkaitan dengan aktiviti Volodymyr.
“Tradisi pembinaan negara diteruskan, khususnya kerajaan Galicia-Volhynia, Negara Cossack Ukraine, Republik Rakyat Ukraine, Republik Rakyat Ukraine Barat, Negara Hetman Pavlo Skoropadskyi Ukraine, Carpathian Ukraine dan Ukraine yang bebas dan moden,” katanya. – Bernama, 28 Julai, 2022.
Komen