KKM lapor 4,503 kes baharu Covid, 10 kematian


NEGARA mencatatkan 4,503 kes baharu Covid-19 dan 10 kematian semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow menunjukkan daripada 10 kematian dikaitkan dengan virus, empat maut sebelum tiba di hospital.

Angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik melanda kepada 4,664,213 dengan 35,942 kematian.

Kes aktif kini berjumlah 46,906.

 

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,706 kes, diikuti Kuala Lumpur (989) dan Perak (306).

Pulau Pinang melaporkan 265 kes, Sabah (238), Negeri Sembilan (173), Melaka (171), Kedah (159), Johor (120), Putrajaya (100), Sarawak (81), Pahang (74), Kelantan (62), Terengganu (42), Labuan (11) dan Perlis (6).

Pangkalan data GitHub pula menunjukkan Perak melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan lima kematian.

Selain itu, Selangor melaporkan tiga kematian, manakala Pahang dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan satu kematian.

Ketika ini terdapat 1,505 pesakit dimasukkan ke hospital Covid-19 dengan 29 orang di unit rawatan rapi, manakala 30 memerlukan alat bantuan pernafasan. – 28 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen