NEGARA merekodkan 4,759 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,619,045 sejak pandemik melanda, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Daripada jumlah kes baharu, tiga merupakan kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Menurut portal CovidNow terdapat 4,806 kes sembuh, menjadikan jumlah kes aktif kini sebanyak 46,260.
Seramai 44,708 individu atau 96.6 peratus kuarantin di rumah manakala 23 pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu 1,477 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 52 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara, dengan 28 individu memerlukan ventilator.
Dalam pada itu sembilan lagi kematian dicatatkan pada Selasa, dengan tiga diisytiharkan sebagai maut sebelum tiba di hospital.
Kematian dilaporkan di Perak (2), Johor (1), Pahang (1), Sabah (1), Sarawak (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).
Setakat ini, sebanyak 35,932 kematian dikaitkan dengan Covid-19. – 27 Julai, 2022.
Komen