Arab Saudi tandatangani perjanjian tenaga lebih murah di Greece


Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (kiri) dan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis sebelum mengumumkan projek dua hala termasuk membekalkan Eropah dengan "tenaga boleh baharu yang lebih murah." – Gambar EPA, 27 Julai, 2022.

PUTERA Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengumumkan projek dua hala dalam lawatan ke Greece pada Selasa, termasuk kabel untuk menyediakan Eropah dengan “tenaga boleh diperbaharui yang lebih murah”.

Putera Mohammed mendarat di Greece pada Selasa dalam lawatan pertamanya ke Eropah sejak pembunuhan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi, dan akan ke Perancis lewat minggu ini.

“Saya percaya kita ada… peluang bersejarah, yang kita akan memuktamadkan banyak perkara hari ini,” kata Putera Mohammed pada sidang media bersama Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis di ibu negara Athens.

Ini termasuk menghubungkan grid elektrik untuk “menyediakan Greece dan barat daya Eropah melalui Greece dengan… tenaga boleh diperbaharui yang jauh lebih murah,” tambahnya.

Kementerian luar Greece berkata perjanjian pengangkutan maritim, tenaga dan teknologi pertahanan antara lain akan ditandatangani pada Rabu.

Pembunuhan kejam Khashoggi oleh ejen Arab Saudi di konsulat kerajaan itu Istanbul pada Oktober 2018 telah membuatkan putera mahkota yang berkuasa itu dikecam diperingkat antarabangsa.

Perjalanan Putera Mohammed ke Eropah muncul kurang dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melawat Jeddah untuk sidang kemuncak pemimpin Arab selain bertemu putera itu. – AFP, 27 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen