PENYERANG bersenjata yang menyokong kerajaan Syria dan pihak lain yang menentang Damsyik bertempur di wilayah Sweida, selatan Syria pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, kata pemantau perang.
Enam pengikut setia dan empat penentang rejim terkorban selepas pertempuran meletus di dua kampung di wilayah majoriti Druze, kata kumpulan pemantau Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain.
Ketegangan semakin meningkat sejak Isnin, selepas penculikan dua orang pengkritik Damsyik.
Druze, yang membentuk kurang daripada tiga peratus penduduk sebelum perang Syria, sebahagian besarnya telah mengelak daripada perang saudara negara itu sejak ia bermula pada 2011.
Sweida telah terhindar daripada kebanyakan pertempuran, walaupun pasukan tempatan terpaksa menangkis serangan pemberontak pada 2013 dan 2015, selain amuk jihad pada 2018 yang membunuh lebih 250 orang.
Institusi kerajaan dan pasukan keselamatan hadir di wilayah itu, manakala tentera Syria ditempatkan tidak jauh dari sempadan wilayahnya. – AFP, 27 Julai, 2022.
Komen