SEBANYAK 3,300 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 2,720 yang dilapor pada Ahad, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,654,951 kes sejak pandemik melanda.
Kuala Lumpur catat angka harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,060 kes, diikuti Selangor (943) dan Perak (210).
Manakala di Sabah 203 kes, Pulau Pinang (172), Kedah (145), Johor (109), Negeri Sembilan (105), Melaka (102), Putrajaya (77), Kelantan (55), Sarawak (36), Pahang (35), Terengganu (35), Labuan (7) dan Perlis (6).
Semalam juga sebanyak sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan, dengan tiga daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 35,923 orang, menurut data KKM.
Sementara itu jumlah kes aktif kini 46,316 kes, turun sebanyak 1,936 kes . – 26 Julai, 2022.
Komen