Ekonomi AS tidak akan meleset, kata Biden


Beberapa pegawai Amerika Syarikat telah mengecilkan kebimbangan kemelesetan ekonomi, berkata kemerosotan tidak mungkin berlaku kerana pasaran buruh sangat ketat. – Gambar EPA, 26 Julai, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Isnin beliau tidak menjangkakan negaranya akan mengalami kemelesetan ekonomi, walaupun angka keluaran dalan negara kasar (KDNK) mungkin menunjukkan ekonomi mengecut buat suku kedua berturut-turut.

“Kita tidak akan berada dalam kemelesetan pada pandangan saya,” kata Biden kepada pemberita.

Memetik angka pekerjaan yang kukuh, presiden sebaliknya berkata “kita beralih daripada pertumbuhan pesat ini kepada pertumbuhan stabil.”

Beberapa pegawai AS telah mengecilkan kebimbangan kemelesetan yang semakin meningkat, berkata kemerosotan dalam ekonomi terbesar dunia itu tidak mungkin memandangkan pasaran buruh yang sangat ketat.

Angka terkini mencadangkan KDNK mungkin jatuh pada suku kedua, berikutan penurunan 1.6 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, tetapi ramalan dalam kalangan ahli ekonomi masih mengharapkan sedikit pertumbuhan.

Penguncupan suku pertama lebih teruk berbanding jangkaan dan yang pertama sejak 2020 ketika wabak itu berada pada tahap paling teruk. – AFP, 26 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen