Krisis bekalan bahan api Sri Lanka dijangka berterusan 12 bulan lagi


Kerajaan Sri Lanka telah melaksanakan sistem catu bagi kenderaan supaya dapat kurangkan rakyat beratur panjang di stesen minyak. – Gambar EPA, 26 Julai, 2022.

KEKURANGAN bahan api di Sri Lanka mungkin berterusan selama setahun kerana kekurangan dana untuk import.

Negara itu telah melaksankan sistem catuan untuk kenderaan bagi mengurangkan orang ramai beratur panjang di stesen minyak.

Kerajaan memperkenalkan sistem kuota itu berikutan permintaan terhadap bahan api harian itu tidak dapat dipenuhi, kata Menteri Tenaga dan Kuasa Kanchana Wijesekera pada Isnin.

Disebabkan isu pertukaran asing, import bahan api perlu “disekat dalam tempoh 12 bulan akan datang”, ciap beliau di Twitter.

Beliau berkata mustahil untuk Ceylon Petroleum Corporation (CPC) yang dikendalikan kerajaan untuk mengagihkan bahan api setiap hari ke setiap stesen runcit.

Krisis tenaga Sri Lanka bukan sahaja menjejaskan sektor pengangkutan domestik tetapi juga trafik penerbangan antarabangsanya. – Bernama, 26 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen