2,720 kes baharu Covid-19 


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini 4,589,911 sejak permulaan wabak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2022.

MALAYSIA mencatatkan 2,720 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,589,911 sejak permulaan wabak itu.

Daripada 2,720 kes itu, lima adalah penularan import.

Negara juga menyaksikan 4,012 kes pulih pada Ahad, menjadikan kes aktif kepada 48,252.

Daripada kes aktif, 46,632 individu atau 96.6% menjalani kuarantin di rumah, manakala 24 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC).

Hanya 1,542 individu atau 3.2% dimasukkan ke hospital dengan 54 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

Mengenai kematian, negara hanya mencatatkan tiga kematian, dua daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital.

Kes kematian dicatatkan di Perak (2) dan Selangor (1).

Dengan tiga kematian itu, jumlah keseluruhan kes kematian kini 35,914. – 25 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen