Greece berdepan kebakaran hutan berikutan gelombang haba 


Greece berdepan empat kebakaran hutan besar dan di pulau peranginan Lesbos yang memaksa ratusan penduduk berpindah.– Gambar EPA, 25 Julai, 2022.

GREECE berdepan empat kebakaran hutan besar yang memaksa ratusan penduduk berpindah.

Gelombang haba dan peningkatan suhu menimbulkan kebimbangan lebih banyak kebakaran berlaku.

Menurut saintis perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia meningkatkan cuaca ekstrem—termasuk gelombang panas, kemarau dan banjir yang dilihat di beberapa bahagian dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Masyarakat antarabangsa bersetuju bahawa perubahan iklim menimbulkan ancaman kepada sistem manusia dan dunia semula jadi—tetapi terdapat pelbagai cara untuk mengambil tindakan.

Purata suhu bumi meningkat lebih daripada 1.1 darjah selsius (34 darjah Fahrenheit) sejak era perindustrian dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan ia kini berada di landasan untuk meningkat kira-kira 2.7 darjah selsius abad ini.

Greece menghadapi gelombang panas bermula pada Sabtu dan dijangka berlarutan selama 10 hari. Suhu ditetapkan meningkat kepada 42C di beberapa wilayah.

Jurucakap bomba Yiannis Artopoios memberitahu taklimat pada Ahad bahawa Greece sedang menghadapi “kemarau, suhu tinggi dan angin kencang”.

Kebakaran marak di utara, timur dan selatan negara itu, termasuk di pulau pelancongan Lesbos, yang mana kira-kira 200 orang diarah meninggalkan Vryssa pada Ahad untuk mengelak daripada api. – AFP, 25 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen