TENTERA Israel membunuh dua penduduk Palestin dalam pertempuran bersenjata di Tebing Barat hari ini.
Israel dikatakan menjalankan serbuan di beberapa lokasi termasuk Nablus dan mendakwa telah menahan empat ‘individu terlibat dalam aktiviti terorisme’.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian dua pemuda tersebut yang dikenali sebagai Muhamad Azizi, 25 yang ditembak pada bahagian dada dan Abdul Rahman Jamal Suleiman Sobh, 28 ditembak pada bahagian kepala.
Bulan Sabit Merah Palestin dilaporkan merawat 19 orang yang cedera di Nablus termasuk 10 orang yang ditembak.
Tentera Israel meningkatkan serbuan sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Tebing Barat selepas kejadian serangan jalanan di Israel sebelum ini.
Sekurang-kurangnya 52 penduduk Palestin terbunuh sejak Mac lalu termasuk wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh yang sedang membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Mei. – AFP, 24 Julai, 2022.
Komen