JUTAAN rakyat Amerika berdepan gelombang haba hari ini dan dijangka akan terus meningkat, manakala kebakaran besar melanda sebahagian California.
Wilayah tengah dan timur laut negara itu berdepan dengan suhu yang melampau, yang sebelum ini tidak dijangka meningkat sehingga Ahad.
Keadaan itu menyebabkan pegawai kesihatan bergelut.
Panas terik juga telah meningkatkan risiko kebakaran, seperti kebakaran Oak, yang tercetus pada Jumaat di California berhampiran Taman Negara Yosemite, yang mana sequoia gergasi telah pun diancam oleh kebakaran sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Kebakaran Oak—disifatkan sebagai “bahan letupan” oleh pegawai—merebak daripada 60 ekar kepada lebih 6,555 (2,650 hektar) dalam masa kurang daripada 24 jam. Tertumpu di Mariposa County, ia telah memusnahkan sepuluh harta benda dan merosakkan lima yang lain, dengan beribu-ribu lagi terancam.
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, sehingga tengah hari Sabtu, kebakaran itu masih belum terkawal.
Jabatan itu berkata aktiviti kebakaran adalah “melampau” dan kakitangan kecemasan sedang berusaha untuk memindahkan penduduk dan melindungi struktur.
Lebih 400 anggota bomba yang dibantu oleh helikopter sedang memadamkan kebakaran, kata jabatan itu, tetapi Los Angeles Times memetik pegawai yang berkata ia mungkin mengambil masa seminggu untuk mengawalnya. – AFP, 24 Julai, 2022.
Komen