Bekas pembantu Trump disabit bersalah hina Kongres


Steve Bannon (kiri) adalah pakar strategi Republikan yang mengetuai kempen pilihan raya presiden Donald Trump pada 2016. – Gambar AFP, 23 Julai, 2022.

SEORANG hakim persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah kepada bekas pembantu Donald Trump, Steve Bannon atas tuduhan menghina Kongres semalam kerana melanggar sepina untuk memberi keterangan di hadapan wakil rakyat dalam siasatan kes serangan US Capitol.

Bannon yang mengetuai kempen pilihan raya presiden Trump pada 2016, adalah antara ratusan orang yang dipanggil jawatankuasa Dewan Perwakilan bagi memberi keterangan dalam serangan penyokong Trump kepada Kongres pada 6 Januari 2021.

Pakar strategi Republikan berusia 68 tahun itu tidak hadir pada tarikh saman atau menyerahkan dokumen yang diminta dan didakwa dengan dua pertuduha menghina Kongres.

Juri mengambil masa kurang tiga jam sebelum menyabitkan Bannon bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Bannon berdepan hukuman penjara minimum 30 hari dan maksimum setahun untuk setiap pertuduhan. Hukuman akan dijatuhkan kemudian. – AFP, 23 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen