Korea Selatan, UK jalin kerjasama bangunkan teksi udara


Hanwha Aerospace Co dan Vertical Aerospace tandatangani kontrak membangunkan peralatan yang diperlukan untuk mencipta pesawat berlepas dan mendarat secara vertical. – Gambar fail EPA, 22 Julai, 2022.

PEMBUAT enjin Korea Selatan Hanwha Aerospace Co dan syarikat United Kingdom (UK) Vertical Aerospace menandatangani kontrak bagi membangunkan peralatan yang diperlukan untuk mencipta pesawat yang berlepas dan mendarat secara vertikal, menurut Sputnik memetik laporan media.

Kedua-dua syarikat itu akan membangunkan penggerak elektromekanikal untuk teksi udara empat tempat duduk, lapor Agensi Berita Yonhap.

Perjanjian itu dimeterai di Pameran Udara Farnborough.

Vertical Aerospace merancang untuk mengkomersialkan teksi udara menjelang 2025 dan menerima pra pesanan untuk 1,400 kenderaan. – Bernama, 22 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen