MALAYSIA melaporkan 4,587 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini kepada 4,640,235, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Daripada 4,5787 kes, 11 ialah jangkitan import.
Terdapat 2,652 kes pulih, menjadikan kes aktif di negara ini 47,409 kes.
Sebanyak 45,856 atau 96.7% pesakit Covid-19 menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara 39 dirawat di pusat kuarantin.
Sebanyak 10 kematian dilaporkan semalam berbanding lapan kelmarin.
Lima daripadanya kes kematian di luar hospital.
Kematian dilaporkan di Selangor (4), Melaka (1), Pahang (1), Perak (1), Pulau Pinang (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1). – 22 Julai, 2022.
Komen