TINDAKAN Presiden Itali Sergio Mattarella membubarkan Parlimen semalam, mencetuskan pilihan raya lebih awal susulan parti politik berbalah dalam negara menggulingkan Perdana Menteri Mario Draghi.
Pilihan raya akan diadakan pada 25 September, kata sumber kerajaan, sementara Draghi yang dihormati di peringkat antarabangsa akan kekal memimpin negara hingga tarikh itu.
Membubarkan Parlimen biasanya cara terakhir, kata Mattarella tetapi dalam kes ini iaitu kurang kata sepakat dalam kalangan parti menyebabkan kerajaan perpaduan Draghi sukar berfungsi.
Itali sedang berdepan cabaran besar, namun ia tidak boleh dijadikan sebab ketika parti berkempen, katanya.
Ia tidak boleh ditangguhkan kerana kesannya akan menjejaskan ekonomi dan krisis sosial dan khususnya lonjakan dalam inflasi. – AFP, 22 Julai, 2022.
Komen