Pengendali bar, kelab malam berdepan masalah kurang bekalan wain


Khoo Gek San

Pengendali bar dan kelab malam merungut masalah kekurangan wain import menyukarkan proses pemulihan perniagaan mereka pasca Covid-19. – Gambar EPA, 22 Julai, 2022.

BAR dan kelab malam, yang juga sektor ekonomi terakhir dibuka semula sepenuhnya, kini berdepan masalah kekurangan wain import, susulan faktor kemerosotan ringgit dan masalah rantaian bekalan akibat perang Russia-Ukraine, kata pengendali.

Masalah kekurangan bekalan itu paling jelas pada hujung minggu ketika orang ramai keluar minum selepas dua tahun perintah berkurung Covid-19.

Bar dan kelab malam dibuka beroperasi semula pada 15 Mei.

Wain dan champagne pada masa ini memerlukan kos tinggi untuk import, malah tempoh untuk tiba di negara ini juga lambat.

“Bagi outlet saya, tempahan dibuat pada pertengahan Mei, tetapi pembekal berkata wain dan champagne import tiada stok. Bar saya dibuka pada masa ini bergantung kepada stok, kadang-kala saya hanya buka dua hari seminggu,” kata Lim.

Katanya, perniagaan tidak dapat pulih sepenuhnya dan pada masa ini pendapatan hanya cukup untuk bayar sewa dan gaji pekerja.

Lim berkata alasan diberikan pembekal wain ialah masalah kekurangan pekerja di UK dan Perancis susulan kes Covid-19.

“Beli wain import daripada pembekal semakin mahal kerana bekalan sedikit. Saya juga dengar daripada pengedar wain stok tidak dapat keluar kerana ada masalah bekalan pelekat cukai arak,” kata Mak Kim Siang, yang mengendalikan tujuh bar bersama rakannya. – 22 Julai, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen