SEKURANG-KURANGNYA sembilan mayat telah ditemui selepas sebuah feri karam di luar pantai pulau Indonesia akibat cuaca buruk, kata pegawai mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis.
KM Cahaya Arafah dilihat terbalik di perairan Pulau Ternate, Indonesia pada petang Isnin membawa kepada operasi SAR bagi mencari 13 orang yang hilang.
Pasukan penyelamat telah menemui empat mayat pada petang Rabu dan lima mayat pada hari keempat pencarian, kata agensi SAR Ternate dalam satu kenyataan.
Empat orang masih hilang.
Feri itu membawa 77 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan ke pulau Halmahera.
64 orang telah dibawa ke kampung berhampiran.
Penduduk kampung turut turun ke laun dengan bot panjang mereka untuk membantu pihak berkuasa.
Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, kepulauan Asia Tenggara dengan sekitar 17,000 pulau, di mana orang ramai bergantung pada feri dan bot kecil untuk mengembara walaupun dengan standard keselamatan yang rendah.
Pada 2018, lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera. – AFP, 21 Julai, 2022.
Komen