Iraq dakwa temui telaga minyak baharu


Iraq mengumumkan penemuan telaga minyak baharu di bandar Nukhaib dan Tharthar di Wilayah Anbar. – Gambar AFP, 21 Julai, 2022.

KERAJAAN Iraq memaklumkan pihaknya menemui telaga minyak baharu di bandar Nukhaib dan Tharthar di Wilayah Anbar yang terkenal dengan bahan mineral dan fosfat.

Gabenor Anbar, Ali Farhan pada Rabu berkata pihak berkuasa Anbar sedang bekerjasama dengan kementerian dan syarikat Saudi-Amerika mengenai penemuan itu.

“Kementerian Minyak perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan penerokaan minyak baharu di Anbar, barat Iraq, dan kawasannya meliputi 34% daripada keseluruhan Iraq,” katanya.

Kementerian Minyak mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah sebenar telaga minyak baharu itu. – Bernama, 21 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen