MALAYSIA semalam merekodkan 5,685 kes baharu koronavirus, angka tertinggi dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.
Angka semalam melonjak daripada 3,902 kes dilaporkan kelmarin.
Selangor melaporkan paling tinggi iaitu 2,024 diikuti Kuala Lumpur (1,834) dan Perak (357).
Sabah merekodkan 279 kes baharu, Negeri Sembilan (230), Pulau Pinang (205), Melaka (147), Johor (126), Kedah (126), Putrajaya (92), Sarawak (85), Pahang (63), Kelantan (53), Terengganu (41), Labuan (15) dan Perlis (8).
Lapan kematian dilaporkan semalam, dengan lima daripadanya meninggal di luar hospital.
Kematian dilaporkan di Perak (2), Selangor (2), Kuala Lumpur (2), Johor (1) dan Melaka (1).
Jumlah kumulatif kematian ialah 35,878
Seramai 56 pesakit dirawat di unit rawatan rapi. – 21 Julai, 2022.
Komen