Inflasi UK cecah paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun


Indeks Harga Pengguna British telah melonjak kepada 9.4%, dengan pengamalisis berkata data rasmi itu memberi tekanan kepada Bank of England untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas. – Gambar EPA, 20 Julai, 2022.

KADAR inflasi United Kingdom (UK) mencecah 9.4 peratus pada Jun, paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat perangkaan negara memaklumkan kadar inflasi tahunan itu berada pada paras tertinggi sejak Februari 1982 berdasarkan model anggaran inflasi harga pengguna.

Kadar itu mencecah sekitar 9.1 peratus pada Mei, manakala harga barangan turut meningkat 0.8 peratus pada Jun.

“Kenaikan harga bahan api dan makanan menyumbang kepada peningkatan itu,” menurut pejabat berkenaan. – Bernama, 20 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen