SEBANYAK 3,902 kes baharu Covid-19 dicatat semalam berbanding 3,080 yang direkodkan pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah jangkitan dalam negara mencecah 4,629,963 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Angka harian semalam paling tinggi di Kuala Lumpur iaitu 1,276 kes, diikuti Selangor (998) dan Perak (294).

KKM juga melaporkan lapan kematian akibat Covid-19 berlaku semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 35,870 orang.
Tiga kematian direkodkan di Selangor; dua di Negeri Sembilan; manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Perak.
Sementara ituseramai 55 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 39 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan. – 20 Julai, 2022.
Komen