13 maut rusuhan di penjara Ecuador


Sistem penjara Ecuador dilanda krisis yang serius akibat konfrontasi antara kumpulan pengedar dadah. – Gambar AFP, 19 Julai, 2022.

RUSUHAN di penjara Santa Domingo pada Isnin menyebabkan sekurang-kurangnya 13 banduan terbunuh dan dua lagi cedera, susulan pergaduhan sesama banduan di dalam penjara itu, lapor Xinhua.

Anggota polis dan tentera serta kementerian kesihatan awam dikerah untuk mengawal keadaan dan memberi rawatan, menurut Perkhidmatan Penjagaan Komprehensif Kebangsaan bagi Tahanan dalam satu laporan.

Penjara yang sama pernah dilanda keganasan pada 9 Mei lepas, sehingga mengakibatkan 44 banduan terbunuh.

Sistem penjara Ecuador dilanda krisis yang serius akibat konfrontasi antara kumpulan pengedar dadah.

Tahun lalu, negara itu menyaksikan pertempuran berdarah di penjara hingga mengakibatkan lebih 300 banduan maut. 

Kerajaan mengisytiharkan tindakan tegas terhadap kesalahan mengedar dadah. – Bernama, 19 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen