5,047 kes baharu Covid-19, 4 kematian dilaporkan


5,047 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Julai, 2022.

MALAYSIA sekali lagi merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi 5,000, apabila 5,047 kes baharu dilaporkan semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Ia adalah hari kedua berturut-turut negara melaporkan kes melebihi 5,000, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak mula meletus kepada 4,619,045 kes.

Daripada 5,047 semalam, tiga adalah kes import dan baki 5,044 adalah kes jangkitan tempatan.

Kelmarin Malaysia melaporkan 5,230 kes baharu Covid-19, pertama kali melebihi tanda aras 5,000 kes sejak tiga bulan lepas.

Empat kematian dikaitkan dengan Covid-19 juga dilaporkan semalam dengan satu kes direkodkan sebagai kematian dibawa ke hospital (BID).

Selangor melaporkan kes kematian tertinggi dengan tiga kes dan satu lagi kes direkodkan di Negeri Sembilan.

Laman CovidNow juga melaporkan 3,770 kes pulih, menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 42,481 kes.

Daripada jumlah ity, 40,923 orang atau 96.3% sedang menjalani kuarantin rumah, sementara 0.1% (39 orang) dirawat di pusat kuarantin risiko rendah.

Manakala 1,459 orang atau 3.4% pesakit sedang menjalani rawatan di hospital dengan 60 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 34 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 17 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen