Protes anti kerajaan hari ke-5 di Budapest


Rakyat Hungary memenuhi jalan raya mengadakan protest sejak Parlimen meluluskan pindaan undang-undang cukai pada Selasa. – Gambar EPA, 17 Julai, 2022.

RIBUAN penunjuk perasaan berarak di Budapest semalam untuk hari ke-5, membantah kerajaan Perdana Menteri Viktor Orban, yang mengenakan tambahan cukai yang menjejaskan perniagaan kecil.

Rakyat Hungary memenuhi jalan raya mengadakan protest sejak Parlimen meluluskan pindaan undang-undang cukai pada Selasa, di mana pengkritik berkata ia menjejaskan ratusan ribu pemilik perniagaan kecil.

Protes itu kali pertama diadakan sejak Orban memenangi pilihan raya dengan majority besar bagi penggal keempat berturut-turut pada April.

Ribuan penunjuk perasaan membanjiri Budapest semalam, melaungkan “Orban berambus”.

“Memang gila apa yang kerajaan buat. Ini tidak akan menambah pendapatan untuk bajet nanti.

“Rakyat sudah tidak boleh toleransi dengan kerajaan,” kata penunjuk perasaan, Zoltan Gemesi, 68, seorang guru.

Menerusi ucapan di radio, Orban mempertahankan perubahan undang-undang cukai itu berkata, dengan berkata ia “bagus dan perlu”.

Hungary, yang sangat bergantung kepada minyak dan gas dari Russia, mengisytiharkan situasi bahaya pada Rabu susulan krisis tenaga yang tercetus akibat perang di Ukraine. – AFP, 17 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen