Dagangan Vietnam-UK dijangka cecah AS$10 bilion


Perolehan itu adalah hasil Perjanjian Perdagangan Bebas Vietnam-UK (UKVFTA) yang dimeterai Mei 2021. – Gambar Facebook, 16 Julai, 2022.

DAGANGAN antara Vietnam dan United Kingdom (UK) diunjurkan mencecah US$10 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun hasil Perjanjian Perdagangan Bebas Vietnam-UK (UKVFTA) berkuat kuasa Mei 2021.

Tahun lalu, perolehan import-eksport antara kedua-dua negara mencecah US$6.6 bilion, peningkatan 17.2 peratus tahun demi tahun dan empat kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh sebelum pemeteraian perjanjian perkongsian strategik itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Jabatan Pasaran Eropah-Amerika, Kementerian Perdagangan dan Industri.

Perolehan pada 2009 adalah US$2.65 billion.

Peningkatan hasil export dan import masing-masing adalah US$5.76 bilion dan US$849 juta atau 16.4 peratus dan 23.6 peratus.

Ekonomi UK dijangka pulih selepas pandemik Covid-19 dan Kerajaan Britain menarik balik sekatan perjalanan bermula 18 Mac 2022.

Peningkatan permintaan untuk barangan pengguna di UK mencipta lebih banyak peluang untuk pengeksport Vietnam. UK adalah rakan niaga ketiga terbesar Vietnam di Eropah selepas Jerman dan Belanda.

Jumlah pelaburan modal langsung UK ke Vietnam pada 2021 adalah sebanyak US$4.15 bilion, dua kali ganda berbanding sebelum pembentukan rakan kongsi strategik itu. – Bernama, 16 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen