PESAWAT pejuang Israel dilapor melancarkan serangan udara ke atas dua kubu kuat kumpulan Hamas yang terletak di Semenanjung Gaza.
Serangan udara itu menyasarkan kilang roket Hamas dan kemudahan pengeluaran senjata, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan tentera Israel.
Kilang itu adalah pusat pengeluaran roket terbesar di Semenanjung Gaza.
Menurut kenyataan berkenaan, serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan susulan serangan itu.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Gaza ke bandar Ashkelon baru-baru ini berjaya dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Iron Dome. – Bernama, 16 Julai, 2022.
Komen