Polis nasihat jangan sertai flashmob, perhimpunan


Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan tidak terlibat aktiviti menjejaskan ketenteraman awam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2022.

POLIS menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang aktiviti perhimpunan dan ‘flashmob’ yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penganjur ‘flashmob’ atau perhimpunan berkenaan, serta peserta yang gagal mematuhi undang-undang.

“PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas. Masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl mengeluarkan kenyataan itu selepas polis baru-baru ini mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti ‘flashmob’ di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang. – Bernama, 16 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen