Belgium lantik wartawan sebagai menteri luar


Hadja Lahbib, bekas wartawan RTBF itu dilantik bagi menggantikan Sophie Wilmes yang meletak jawatan. – Gambar AFP, 16 Julai, 2022.

BELGIUM pada Jumaat melantik seorang wartawan penyiaran yang berpengalaman sebagai menteri luar, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Hadja Lahbib, bekas wartawan RTBF itu dilantik bagi menggantikan Sophie Wilmes yang meletak jawatan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Gerakan Reformis (MR) Georges-Louis Bouchez pada satu sidang media di Brussels. 

“Saya tidak mempunyai pengalaman politik, tetapi saya tahu mengenainya,” kata Lahbib di sidang media yang sama.

Lahbib, berasal daripada keluarga berketurunan Algeria dan dilahirkan di bandar Boussu, Belgium pada 1970.

Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan serta komunikasi dan sudah lama berkhidmat dengan RTBF. – Bernama, 16 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen