MALAYSIA merekodkan 5,230 kes baharu Covid-19 semalam - kali pertama angka itu melepasi paras 5,000 dalam tempoh tiga bulan - menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 4,613,998.
Kali terakhir kes melepasi paras 5,000 adalah pada April.
Menurut laman web CovidNow Kementerian Kesihatan, daripada Jumlah itu 11 adalah kes import.
Malaysia juga mencatatkan lapan kematian semalam dengan satu kes kematian luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 35,844.
Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi pada Jumaat dengan tiga kematian diikuti Melaka (2), Perak (1), Sabah (1), Terengganu (1).
Sementara itu, 1,411 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 64 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (184) diikuti Johor (81) dan Sabah (78). – 16 Julai, 2022.

Komen