SEBUAH pesawat yang sedang melakukan operasi memadam kebakaran hutan di utara Portugal terhempas pada Jumaat, membunuh juruterbangnya, kata pertahanan awam.
Ketika kejadian tiada penumpang lain berada dalam pesawat satu enjin yang terjunam berhampiran Vila Nova de Foz Coa, ketika ia cuba memadamkan api di wilayah Braganca, tambahnya.
“Dengan rasa kecewa saya mendapat tahu tentang kematian juruterbang menerbangkan pesawat yang terhempas ketika memadamkan kebakaran,” tulis Perdana Menteri Antonio Costa di Twitter.
Anggota bomba kini bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Portugal, yang mana suhu mencecah rekod Julai 47 Celsius (116 Fahrenheit) pada Khamis sebelum turun sedikit pada hari berikutnya.
Menurut pertahanan awam, 900 anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan sekitar 10 kebakaran di seluruh negara.
Gelombang haba telah menyebabkan sebahagian besar barat daya Eropah panas terik sepanjang minggu lalu.
Pada Khamis, dua orang terbunuh selepas sebuah helikopter pemadam kebakaran yang membawa empat anak kapal terhempas ke dalam laut di perairan Greece. – AFP, 16 Julai, 2022.
Komen