KKM lapor 4,098 kes baharu Covid-19, 8 kematian


MALAYSIA mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 semalam sebanyak 4,098, berbanding 3,934 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM), Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,485 kes, diikuti Selangor (1,069) dan Negeri Sembilan (2,746).

Perak mencatatkan 274 kes baharu, Johor (94), Sarawak (43), Melaka (142), Pulau Pinang (160), Putrajaya (95), Kedah (99), Pahang (80), Terengganu (24), Kelantan (56) dan Perlis (11) dan Labuan (9).

Kes baharu itu meningkatkan jumlah jangkitan sejak permulaan pandemik kepada 4,608,768 kes.

KKM juga melaporkan lapan kematian Covid-19 semalam dengan dua kematian diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Kematian turut dilaporkan di Kedah (3), Johor (1), Perak (1), Sarawak (1), Kuala Lumpur (1) dan Putrajaya (1).

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) pula berjumlah 53 orang, dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 15 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen