PERDANA Menteri Itali Mario Draghi meletakkan jawatan selepas gabungan parti Five Star menarik sokongan terhadapnya dalam undi percaya.
Bekas ketua European Central Bank mengetuai kerajaan perpaduan sejak Februari 2021.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata pakatan amanah yang mengekalkan kerajaan perpaduan telah hilang.
Bagaimanapun, presiden enggan menerima peletakan jawatannya.
Presiden Sergio Mattarella melantik Draghi untuk mengetuai pemulihan pasca-Covid Itali, dan menyelamatkan negara daripada ketidakstabilan endemik. Beliau menyeru Draghi untuk berucap di Parlimen bagi menjelaskan situasi politik semasa dan mengelakkan pilihan raya mengejut.
Draghi dijangka pergi ke Parlimen Rabu depan - dan dengan sokongan yang mencukupi boleh kekal memegang jawatan.
Perkembangan luar biasa itu tercetus apabila pemimpin Five Star , Giuseppe Conte enggan menyokong pakej bantuan ekonomi bernilai €23 bilion (£19.5 bilion) kerajaan untuk keluarga dan perniagaan, dengan alasan Draghi tidak melakukan secukupnya untuk menangani kos krisis hidup. – AFP, 15 Julai, 2022.
Komen