Mexico isytihar darurat kemarau


Mexico isytihar darurat kemarau bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan khas menjamin bekalan air dihantar ke kawasan terjejas teruk. – Gambar EPA, 14 Julai, 2022.

MEXICO mengisytiharkan darurat kemarau bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan khas menjamin bekalan air dihantar ke kawasan terjejas teruk.

Langkah itu dilakukan bagi menangani kesan kemarau yang teruk, ekstrem dan luar biasa, kata pihak berkuasa air negara Conagua.

Antara langkah diambil ialah pemegang konsesi air untuk keguanaan pertanian dan industri boleh diarahkan membenarkan penggunaan air untuk pihak ketiga.

Pihak berkuasa di beberapa bahagian di Mexico termasuk di utara Monterrey, dipaksa menggunakan air dengan berhemah berikutan kolam tadahan semakin surut.

Gelombang panas dan tiada hujan menyebabkan isi rumah di Monterrey hanya boleh membuka paip untuk beberapa jam sehari, bagi tempoh beberapa minggu.

Di sebahagian kawasan lereng bukit, seudah lebih 50 hari penduduk tidak menerima air daripada paip masing-masing.

Di Baja California, protes mula tercetus kerana bekalan air tiada. – AFP, 14 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen