KERAJAAN perlu melihat kepada keselamatan makanan, mencipta pekerjaan dan industri baharu, mengubah institusi bagi menangani inflasi dan harga barang yang mahal, kata Naib Presiden Muda Teo Lee Ken.
Bercakap kepada The Malaysian Insight, Teo berkata langkah itu adalah bagi jangka sederhana, tetapi subsidi bagi langkah jangka pendek masih diperlukan untuk rakyat berdepan masalah itu.
“Mereka perlu teruskan kerana keluar daripada pandemik, kita sebagai sebuah masyakarat tidak bersedia dengan kenaikan harga barang.
“Subsidi untuk bahan penting perlu diteruskan, dan harga siling. Perdebatan yang penting perlu dilakukan ialah: apa yang kita boleh lakukan untuk menyelesaikan isu ini bagi jangka panjang?”
Kadar inflasi cecah 2.8% pada Mei, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Daging menunjukkan peningkatan tertinggi – pada 9.5% – berbanding semua kumpulan makanan.
Subsidi untuk minyak masak botol dimansuhkan pada 1 Julai, sementara kerajaan juga menaikkan harga siling bagi ayam sebanyak 50 sen kepada RM9.40. sementara itu telur ayam gred A pada masa ini ialah 45 sen sebiji.
Walaupun subsidi bertujuan untuk merapatkan jurang, Tep berkata kajian komprehensif perlu dijalankan untuk mengesan siapa sebenarnya yang menerima manfaat itu.
“Jika kita hendak mengubah sistem percukaian, jika kita adakan subsidi, siapa yang dapat? Kepada siapa ia disalurkan?,” soal Teo.
“Kita tahu ada laporan tentang elemen jenayah wujud dalam industri makanan. Siapa mereka ini? Adakah pendedahan telus dibuat tentang siapa yang menerima manfaat daripada semua subsidi dan perbelanjaan ini?
“Jika kita tidak tangani perkara ini, akan sentiasa ada ketirisan, tidak kiralah berapa banyak yang kita subsidi, berapa banyak kerajaan belanjakan dan berapa banyak ia disalurkan. Ia akan selalu diselewengkan di tempat lain.”
Teo berkata Malaysia juga perlu membangunkan industri pertandian dan makanan untuk mengelak pergantungan kepada import.
Katanya, subsidi minyak juga perlu diperhalusi kerana kajian menunjukkan ia hanya memberi manfaat kepada golongan kaya.
Minyak petrol terus disubsidi walaupun kerajaan berkata ia mengkaji kemungkinan menariknya semula pada masa terdekat.
“Namun, perlu ada jangka masa, beserta dengan pelan sistematik berperingkat.
“Ia tidak boleh dihentikan begitu saja. Ia akan membabitkan kenaikan harga barang lain kerana semua benda berkait dengan petrol.” – 14 Julai, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen