KKM lapor 2,345 kes baharu Covid-19


Noel Achariam

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi semalam dengan 707 kes, diikuti Selangor (650) dan Sabah (177). – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2022.

MALAYSIA mencatatkan penurunan sedikit kes baharu Covid-19 semalam iaitu 2,345, berbanding 2,417 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan (KKM) CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan pandemik kini mencecah 4,600,736 kes.

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 707 kes, diikuti Selangor (650) dan Sabah (177).

Perak mencatatkan 172 kes baharu, Johor (83), Sarawak (49), Melaka (61), Pulau Pinang (97), Putrajaya (86), Kedah (46), Pahang (45), Terengganu (18), Kelantan (25) dan Perlis (3) dan Labuan (4).

KKM juga melaporkan tiga kematian Covid-19 semalam dengan satu diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Kes tersebut adalah dari Kedah, Melaka dan Perak yang menjadikan angka keseluruhan kematian sebanyak 35,819.

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 52 orang, dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 13 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen