Rusia sahkan kes pertama cacar monyet


Rusia mengesahkan kes pertama jangkitan cacar monyet melibatkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah. – Gambar EPA, 12 Julai, 2022.

RUSIA mengesahkan kes pertama membabitkan jangkitan cacar monyet melibatkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah, lapor Sputnik.

“Kes pertama wabak cacar monyet telah disahkan di Rusia. Kes membabitkan seorang remaja yang baru pulang selepas mengunjungi Eropah.

“Remaja berkenaan mengalami ruam (simptom biasa bagi mereka dijangkiti cacar monyet) dan telah mendapatkan rawatan di kemudahan perubatan,” menurut agensi pemantau hak asasi manusia, Rospotrebnazor.

Rospotrebnadzor menjelaskan bahawa pesakit mengalami gejala ringan dan telah dikuarantin. – Bernama, 12 Julai, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen