Brazil import diesel Rusia


Brazil import bahan api diesel dari Russia sebagai sebahagian daripada langkah menurunkan harga bahan api di negara itu. – Gambar EPA, 12 Julai, 2022.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro mengumumkan kerajaannya mencapai perjanjian untuk mengimport bahan api diesel dari Russia sebagai sebahagian daripada langkah menurunkan harga bahan api di negara ini.

“Ia sudah dimuktamadkan. Diesel akan tiba di Brazil dari Russia dalam tempoh 60 hari,” lapor Xinhua memetik Bolsonaro dalam sidang media.

Bolsonaro mempertahankan keputusan mengimport diesel Russia kerana ia lebih murah berbanding pembekal asing lain.

“Brazil mengimport hampir 30% diesel untuk kegunaan negara. Kita mesti mengimport daripada mereka yang menawarkan harga berpatutan,” katanya.

Brazil mengambil pendirian berkecuali berhubung konflik Ukraine dan Russia. – Bernama, 12 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen