KES harian Covid-19 negara menurun selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,417 jangkitan baharu semalam, berbanding 3,264 kes sehari sebelumnya.
Lima kematian turut dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya diisytiharkan maut sebelum tiba di hospital (DOA), menjadikan jumlah kematian negara kini sebanyak 35,816.
Jangkitan baharu itu menjadikan kes terkumpul sejak virus ini melanda negara kepada 4,598,391.
Menurut data GitHub KKM, Selangor melaporkan jumlah jangkitan paling tinggi semalam dengan 884, diikuti Kuala Lumpur (642) dan Perak (166).
Sabah melaporkan 164 cases, diikuti Negeri Sembilan (138), Pulau Pinang (112), Melaka (66), Johor (59), Kedah (41), Putrajaya (37), Sarawak (30), Kelantan (28), Pahang (28), Terengganu (15), Labuan (6) dan Perlis (1).
Selangor, Perak dan Johor masing-masing melaporkan satu kematian, manakala kedua-dua kes DOA dilaporkan di Pulau Pinang.
Kes aktif menurun sedikit kepada 35,758 semalam, apabila 2,536 orang pulih.
Antara kes aktif, 34,526 (96.6%) sedang kuarantin di rumah, 20 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah manakala 1,164 (3.3%) di hospital.
Terdapat 48 pesakit di unit rawatan rapi, 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 12 Julai, 2022.
Komen