Laman web Kementerian Pendidikan digodam


Ravin Palanisamy

Status yang dimuatnaik Maszlee di akaun Facebook hari ini. – Gambar Favebook, 11 Julai, 2022.

Sistem eOperasi Kementerian Pendidikan digodam kata bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik, hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu melalui akaun Facebooknya mendedahkan perkara itu dan meminta kementerian segera mengatasi masalah tersebut.

“Laman web eoperasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah digodam. Pautan berikut tidak boleh diakses: https://eoperasi.moe.gov.my/

“Minta KPM segera atasi demi penggunaan para guru,” tulisnya.

Sistem eOperasi merupakan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan.

Melalui paparan skrin yang dikongsi Maszlee, penggodam memberi amaran kepada kementerian agar membetulkan kelemahan yang terdapat pada sistem tersebut sebelum ditembusi pihak luar.

Penggodam juga memberitahu dia menggodam sekadar suka-suka dan telah melaporkan kepincangan sistem itu tahun lalu kepada seseorang namun tiada tindakan diambil

Dia turut memberi amaran kepada kerajaan agar berhenti menggunakan wang dan rakyat sebaliknya segera membaiki kelemahan sistem itu tanpa membazir masa mencari dirinya.

“Berhenti gunakan rakyat untuk poket dan terkenal. Baiki sistem anda dan jangan bazir masa cari saya.

“Sebab saya guna info/IP palsu. Anda boleh cuba cari saya kalau mampu. Dipersilakan,” katanya.

The Malaysian Insight telah menghubungi Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk maklumat lanjut namun masih tiada maklum balas. – 11 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen