Macau laksana perintah berkurung bendung Covid-19


Macau mencatat lebih 1,500 kes Covid-19 sejak tiga minggu lalu. – Gambar AFP, 11 Julai, 2022.

SAHAM  kasino Macau menjunam selepas wilayah pentadbiran khas China itu hari ini mula melaksanakan perintah berkurung tujuh hari bagi membendung penularan Covid-19.

Saham enam konglomerat perjudian – Sands China, Galaxy Entertainment, SJM Holdings, Melco International, MGM China and Wynn Macau – susut antara enam hingga hampir sembilan peratus pada urus niaga pagi ini.

Macau menutup semua kasinonya pertama kali dalam tempoh lebih dua tahun.

Pihak berkuasa umum perintah berkurung selama seminggu bermula hari ini selepas 1,500 kes Covid-19 direkodkan sejak tiga minggu lalu. Isnin minggu lalu wilayah itu memulakan ujian saringan besar-besaran ke atas lebih 600,000 penduduknya bagi mengawal kes yang semakin meningkat.

Sepanjang seminggu perintah berkurung penduduk tidak dibenarkan kelur rumah kecuali untuk memberi barang keperluan harian dan menjalani ujian Covid-19. Mereka yang melanggar peraturan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

Beberapa pejabat kerajaan, pasar raya farmasi dibenarkan buka, dan hanya individu yang mendapat kebenaran khas atau pas kesihatan dibenar menggunakan pengangkutan awam. – AFP, 11 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen