19 terbunuh insiden tembakan rambang di Afrika Selatan


SERAMAI 19 maut selepas sekumpulan penyerang menembak secara rambang ke arah pelanggan di dua bar berasingan di Afrika Selatan semalam.

Di Soweto, 15 individu – termasuk dua wanita – terbunuh ketika berhibur, apabla penyerang yang menaiki teksi bus mini berhenti dan mula melepaskan tembakan.

Di bandar Pietermaritzburg di KwaZulu-Natal, empat terbunuh dan lapan cedera di sebuah bar apabila dua lelaki melepaskan tembakan secara rambang.

Insiden tembakan lazim berlaku di Afrika Selatan, negara yang mencatatkan kadar pembunuhan tertinggi di dunia, didorong oleh keganasan gengster dan alkohol.

Tetapi dua insiden terbaru ini membingungkan penyiasat.

Di Soweto, iaitu bandar terbesar di barat daya Johannesburg, polis menerima panggila sleepas tengah malam.

Polis mendapati 12 maut dengan luka daripada tembakan, sementara 11 yang lain dibawa ke hospital sebelum tiga mangsa kemudian meninggal dunia. – AFP, 11 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen