Novak Djokovic menang gelaran ketujuh Wimbledon


Novak Djokovic meraih gelaran ketujuh Wimbledon dan mahkota ke-21 Grand Slam hari ini selepas mencatat kemenangan empat set menewaskan Nick Kyrgios. – Gambar AFP, 11 Julai, 2022.

NOVAK Djokovic meraih gelaran ketujuh Wimbledon dan mahkota ke-21 Grand Slam hari ini selepas mencatat kemenangan empat set menewaskan Nick Kyrgios.

Pilihan utama itu menang 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk menyamai catatan tujuh gelaran milik Pete Sampras di All England Club dan hanya satu kurang daripada rekod lapan gelaran dipegang Roger Federer.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu kini satu gelaran di depan Federer dan satu kurang berbanding Rafael Nadal yang memegang rekod 22 major.

“Saya hilang kata-kata untuk menceritakan apa makna kejohanan dan trofi ini buat saya. Ia akan sentiasa menjadi antara paling istimewa dalam hati saya,” katanya.

Djokovic juga memuji Kyrgios selepas hubungan kurang baik mereka berakhir di Wimbledon.

“Ia mencabar untuk memberikan kata-kata semangat seperti ini tetapi anda menunjukkan kenapa anda antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Djokovic ialah pemain keempat dalam era Terbuka menang empat gelaran Wimbledon berturut-turut sejak Bjorn Borg, Sampras dan Federer.

Kyrgios berkata:“Pertama sekali, tahniah buat Novak dan pasukannya, anda menang kejohanan ini banyak kali hingga saya tidak tahu berapa kali.” – AFP, 11 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen