Blinken puji peranan Thailand sebagai sekutu AS di Asia


Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata Thailand menunjukkan penerimaan terhadap rancangan ekonomi baharu yang diketuai AS untuk Asia serta usahanya terhadap perubahan iklim. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken memuji peranan Thailand dalam usaha AS di Asia Tenggara – kawasan persaingan utama China – ketika lawatan beliau yang turut mencari idea baharu tentang cara memulihkan demokrasi di Myanmar.

Menandatangani perjanjian serta berikrar untuk terus mengembangkan hubungan, Blinken menunjukkan penerimaan Thailand terhadap rancangan ekonomi baharu yang diketuai AS untuk Asia serta usahanya terhadap perubahan iklim.

Di Thailand, “kami mempunyai sekutu dan rakan kongsi di Indo-Pasifik yang begitu penting kepada kami di rantau yang membentuk trajektori abad ke-21, dan ia melakukannya setiap hari”, kata Blinken selepas perbincangan bersama Menteri Luar, Don Pramudwinai.

Thailand ialah sekutu tertua AS di Asia yang terkenal menawarkan gajah kepada Abraham Lincoln semasa Perang Saudara, tetapi dalam pada masa yang sama turut menjalinkan kerjasama dengan China.

Setiausaha negara AS itu dalam rangka lawatan rasmi ke Asia baru-baru ini turut bertemu Menteri Luar China Wang Yi yang memulakan lawatan lebih meluas ke Asia Tenggara di mana beliau menonjolkan perbelanjaan besar-besaran infrastruktur Beijing.

AS mengenal pasti China, dengan sistem autoritariannya dan sumber teknologi serta ketenteraan yang semakin berkembang, sebagai pesaing globalnya tetapi kedua-dua negara baru-baru ini berusaha untuk menurunkan suhu, dengan Wang dan Blinken mengadakan perbincangan luar biasa selama lima jam di Bali, semalam.

Blinken, sebelum terbang ke Bangkok, berkata perbincangannya dengan Wang adalah “membina” sambil menambah dua kuasa besar ekonomi dunia itu mahu menghalang persaingan mereka daripada terlepas.

Presiden Joe Biden menjemput pemimpin Asia Tenggara pada Mei ke Washington untuk menunjukkan komitmen AS kepada rantau itu, walaupun ketika pentadbirannya sedang memberi tumpuan untuk menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Pengkritik berkata AS cuba membawa isu ini ke meja rundingan. Washington memperuntukkan sebanyak AS$40 bilion, kebanyakannya dalam bentuk senjata untuk Ukraine, dan China tahun lalu serta menjanjikan AS$1.5 bilion kepada Asia Tenggara.

Pentadbiran Biden membantah pengumuman mengenai dana negara tidak pernah menjadi keutamaan AS malah ia mengutamakan kerjasama dalam bidang konkrit seperti kesihatan awam, vaksinasi Covid-19 dan pendidikan – bidang yang diketengahkan Blinken di Bangkok. – AFP, 10 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen