14 maut dalam insiden berbalas tembakan di Soweto, Afrika Selatan


Leftenan Elias Mawela berkata 11 yang lain dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan tetapi dua daripadanya disahkan meninggal dunia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2022.

EMPAT belas orang terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di sebuah bar di perbandaran Soweto, Afrika Selatan, berhampiran Johannesburg, kata polis hari ini.

“Kami dipanggil awal pagi tadi, sekitar 12.30 pagi (waktu tempatan),” kata Leftenan Elias Mawela selepas kejadian tembakan semalaman Sabtu dan Ahad.

“Apabila tiba di tempat kejadian, 12 orang disahkan maut,” katanya.

Mawela berkata 11 yang lain dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan tetapi dua daripadanya disahkan meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan 14 orang.

Bar itu terletak di daerah Orlando di Soweto, perbandaran terbesar di Johannesburg, barat daya bandar itu. – AFP, 10 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen